Wednesday, April 13, 2011

Senaman Pagi Atau Petang????

Dari segi pergerakan, kita akan dapati tubuh lebih mudah bergerak di waktu petang berbanding pagi kerana tubuh masih 'stiff' dan memerlukan aktiviti pemanasan yang lebih. ini kerana tubuh kita lebih bersedia di waktu petang akibat aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hari.

Tetapi, bersenam lewat petang sebelum tidur pun tidak berapa digalakkan kerana rutin tidur malam akan terganggu akibat aktiviti senaman tadi. Ini kerana aktiviti hormon yang meningkat ketika bersenam tadi akan menjadikan tubuh badan resah, panas dan terlebih segar.

Ada juga pendapat mengatakan, jika ingin cepat kurus dan membakr lemak lebih, bersenamlah di pagi hari. Ini kerana apabila kita bangun dari tidur pagi,badan tidak mempunyai 'ready supply of carbohydrates' utk tenaga ketika bersenam.

Pada waktu pagi juga, paras insulin masih rendah. Situasi ini dapat membakar lemak dan kalori dengan lebih efektif. Metabolisme juga meningkat dan tubuh akan segar dan daya fokus lebih tajam sepanjang hari. Pakar kecergasan Bill Philips percaya, tubuh kita akan membakar kalori 300% lebih jika bersenam di waktu pagi berbanding petang.


No comments:

Post a Comment