Sunday, April 3, 2011

GULA- TOKSIN TERBESAR

Rasanya tidak ada selain gula yang sangat kritikal untuk kesihatan manusia. Gula atau lebih sebenarnya glukos, adalah punca tenaga dan darinya kita membuat tenaga. Dengan itu, keupayaan mengawal keseimbangan glukos dalam badan dan melepaskan potensi tenaganya memastikan tahap tenaga fizikal dan mental kita. Otak, yang menggunakan ¼ tenaga yang diperolehi dari makanan, memerlukan paling banyak glukos, diikuti oleh hati dan otot- otot skeletal. Selainnya digunakan oleh jantung, system imun dan organ-organ lain.

Di samping menjadi nutrien paling penting dari segala nutrien lain, gula adalah tersangat toksik. Ia adalah OKSIDAN – dalam perkataan lain ia merosakkan sesetengah bahan, terutamanya protin. Hasilan toksik glukos dikenali sebagai AGE (advanced glycosylation end products ). Jika terlalu banyak glukos beredar dalam darah dan badan ia merosakkan sel-sel dan membuat mereka cepat tua. AGE juga merosakkan lemak dalam darah, melemahkan kemampuan badan mengumuh kolestrol yang tidak dikehendakki dan merosakkan kolagen menjadikan kulit kurang elastik (anjal).

Sedang semua sel-sel memerlukan insulin bagi mengutip masuk glukos, terdapat 3 yang tidak demikian – buah pinggang, mata dan saraf-saraf. Dalam kedua-dua kes, rintangan insulin dan diabetes, mereka menjadi terlebihmuat dengan glukos dan inilah sebab dimana komplikasi penyakit kedua-dua tersebut selalunya melibatkan buta, penyakit buah pinggang dan kerosakan saraf.

Insulin adalah bahan kimia badan yang sangat kuat dan kita tidak mahu ia dalam kuantiti yangterlalu banyak dalam darah; ia menggalakkan pembentukan hormon-hormon stres dari kelenjar-kelenjar adrenal dan pada masa sama menekan pembentukan DHEA, hormon yang membantu melindungi dari stres. Jadi, hasil dari terlalu banyak insulin dalam darah ialah kurang kemampuan menangani stres. Insulin berlebihan juga meransang pembentukan testosterone yang mengganggu keseimbangan hormon-hormon sex yang boleh menyebabkan kenaikan lemak pada bahagian atas badan dan abdomen.

Individu yang mengalami rintangan insulin – dikenali juga dengan sindrom X, akan mengalami;

. radangan pada arteri yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

. peningkatan tekanan darah.

. peningkatan trigliserid – satu jenis lemak dalam darah disamping kolestrol.

. penurunan HDL.

. peningkatan LDL.

. peningkatan kecenderungan membentuk darah beku.

Langkah-langkah baik mengekalkan tahap tenaga yang tinggi disamping menggalakkan kawalan glukos yang konsisten termasuklah;

  1. mengelak atau mengurangkan menggunakan stimulan dan depresan seperti kopi, teh, coklat, rokok dan alkohol.

  1. makan beras takgilap, beraskuning, roti gandum kuning dan makanan takdiproses seperti kacang, bijirin umpama lenga, sayur dan buah.

  1. pastikan kabohidrat yang dimakan terdiri dari yang index glaisimik rendah – yang melepaskan kandungan glukos dengan lambat, seperti nasi, pulut dan gandum( semuanya jenis bijirin tak ‘polished’), oat, nut, kekacang, tofu dan ulam.

  1. suplemen vit C dan B kompleks yang perlu untuk metabolisma tenaga (dos tinggi B kompleks campur 2g vit C sehari).

  1. suplemen antioksidan untuk mencegah kerosakan sel akibat pembentukan hasilan glukos yang tinggi. Antaranya ialah Ultrahydrate, Mega H, vit A, beta karotin, vit C, vit E, selenium dan zink.

  1. suplemen 200mcg chromium sehari dan jika ada gejala dysglycemia elok ditambah 90mg koenzim Q10, 7mg vanadyl SO4 dan 100mg asid lipoik.

MAHADI BIN ARIFIN, R.Ph.

No comments:

Post a Comment