Sunday, April 3, 2011

Apa Itu Enzim?

Enzim merupakan sejenis protein kompleks dan pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, lengkap dan menyeluruh.

Kekurangan enzim boleh membantutkan tumbesaran dan akan menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, penyembuhan penyakit, kadar tumbesaran dan lain-lain lagi.

Fungsi-fungsi Enzim:

1.Menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh badan; -menurunkan paras kealkalian darah, menghapuskan sisa-sisa toxin, menseimbangkan usus, menyihatkan sel-sel, mendorong penghadaman, meningkatkan daya imun dan mengekalkan keseimbangan badan menyeluruh.

2. Anti radang;-Radang adalah disebabkan sel-sel dicederakan oleh bakteria. Enzim akan meransangkan dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk menyembuhkan sel-sel yang tercedera.

3.Anti bakteria; Enzim boleh membunuh bakteria dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari peringkat akar umbi.

4. Penguraian; Enzim menguraikan sisa-sisa toksik dalam badan, meningkatkan proses penghadaman dan menyerapkan zat makanan dengan menguraikan makanan kompleks kepada bahan ringkas yang mudah diserap oleh badan.

5. Membersihkan darah; Enzim akan menyingkirkan sisa toksik dalam darah, menguraikan kolesterol darah,mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah berjalan lancar. Berkesan untuk menyembuhkan kecederaan dalaman.

6. Membina sel-sel baru. Enzim menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel baru yang telah rosak, meransang metabolisme dan meningkatkan stamina dan resam tubuh badan.

Apabila kita semakin berumur, tubuh kita semakin kekurangan enzim. Lantaran itu, tubuh kita memerlukan enzim-enzim tambahan.

No comments:

Post a Comment