Friday, April 1, 2011

10 Tips Paling Mudah Tubuh Kekal Langsing dan Sihat

1. Elakkan daripada menyekat diri anda daripada menikmati hidangan-hidangan utama setiap hari. Tabiat ini hanya akan membuatkan diri kita berasa lapar dan akan mengambil kuantiti makanan yang lebih banyak utk mengisi perut

2. Tidak salah sekiranya anda memilih utk cuba mengamalkan suplemen atau pil yang membantu menyerap lemak makanan yang diambil. Cubalah, agar anda boleh terus menikmati makanan kegemaran tanpa perlu risau akan lemak yang masuk ke tubuh.

3. Senaman juga penting dalam mengekalkan kesihatan dan stamina badan. Jadi,peruntukan sekurang-kurangnya setengah jam utk berjoging di sekitar kawasan kediaman anda.

4. Simpanlah sebuah diari pemakanan anda sendiri yang mencatatkan makanan beserta jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Ini membantu anda memantau dan menilai sendiri apakah makanan yang perlu dikurangkan atau ditambah dalam hidangan harian anda.

5. Tetapkan satu matlamat munasabah yang mampu anda capai. Misalnya, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, tetapkan jumlah berat badan yang ingin dikurangkan secara sederhana mengikut kemampuan anda. Sekiranya tidak,anda mudah berasa kecewa kerana tidak berjaya mencapai berat badan yang diingini dalam masa yang singkat.

6. Sentiasalah berfikiran positif sepanjang usaha anda ingin menurunkan berat badan. Paling tidak, wujudkan rasa bangga dengan usaha anda itu. Sebenarnya anda tidak perlu perubahan drastik utk menyedari hasil usaha anda itu.

7. Kni terdapat banyak makanan yang dijual dengan label bebas lemak (fat-free). Pun begitu, berhati-hatilah kerana biasanya gula akan dijadikan pengganti lemak tersebut. Utk itu, periksalah terlebih dahulu maklumat nutrisi yang tercatat pada bungkusan makanan yang ingin dibeli.

8. Amalan memakan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil adalah sangat baik diikuti. Bukan sahaja dapat menghalang anda daripada berasa lapar seterusnya makan dalam kuantiti yang banyak, tetapi ia juga mampu mengekalkan metabolisme dan mengoptimakan tenaga dalam badan.

9. Timbanglah berat badan anda sekali setiap minggu. Mereka yang menimbang berat badan dengan lebih kerap biasanya akan mendapati diri mereka lebih terpengaruh dan peka dengan perubahan terhadap badan mereka. Ini seterusnya akan membuatkan anda pantas mengambil langkah berkesan utk mendapatkan berat badan idaman.

10. Tidur yang cukup iaitu 7-8 jam pada waktu mlm dapat membuatkan anda berasa segar apabila bangun pada keesokkan harinya. Anda juga akan dapat berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul selain mampu mengekalkan gaya hidup yang sihat.

-RAPI,Bil. 161, April 2011-

No comments:

Post a Comment