Saturday, April 16, 2011

Si manis Teh Tarik 3 Layer - Petikan dr Majalah iSIHAT

Sekarang ni..minuman ni yang paling glamour..betul x?mane2 saja org cr..dulu ana kt umahpun slalu buat ni..bukan segelas..sejug..sedap tu..lain dr yg lain..terutama klu minum time ari panas2..
tapi tahukah anda???
Bayangkan secara kasar, segelas teh tarik 3 layer memerlukan sekitar 3 sudu makan susu pekat manis. Jumlah tersebut mewakili 15g gula, 2.4g protein dan 2.4g lemak atau terdiri daripada 91 kcal tenaga.
Dengan jumlah tenaga sebanyak itu, anda perlu sama ada menari selama 32 minit atau berenang (29 minit) atau berkebun dgn tekun 38 minit. Bagaimana pula kalau anda minum teh tarik 3 layer ini 3 kali sehari selama setahun. Berapa banyak jumlah tenaga yang dikumpulkan?jawapannya ialah 99,645 kcal atau berat badan anda bole bertambah sebanyak 12.94kg (bergantung pada amaun susu yang digunakan).
Itu baru susu pekat manis. Bagaimana pula dgn 3 sudu gula Melaka yang turut dicampurkan? Berdasarkan fakta, satu sudu makan gula Melaka menyumbang 64 kcal tenaga yang terdiri daripada 15g gula dan 0.1g lemak.
Utkmenghasilkan segelas teh tarik 3 layer yang pekat dan menarik, 2 teh uncang digunakan. Ini menyumbang kepada kandungan kafein yang tinggi. Terlalu banyak kafein diambil (sekitar 250mg) boleh menyebabkan intoksokasi kafein di mana sesorg itu akan mengalami resah, risau, insomnia, diuresis dan masalah usus.
Dan jika pengambilan melebihi satu gram sehari, gangguan ritma jantung, kekusutan fikiran, kejang otot dan panik juga boleh berlaku. Lebihan gula dalam badan bole menyebabkan beberapa komplikasi kronik terhadap kesihatan seperti melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria, merosakkan buah pinggang, mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan, menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, kanser dubur dan kanser kolon.
Tidak cukup dengan itu, gula berlebihan juga berbahaya kerana boleh menyumbang kepada risiko mendapat kanser pundi hempedu, paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat, melemahkan penglihatan dan banyak lagi.
Oleh itu, jgn biarkan gula 'bermaharajalela' dalam tubuh anda. Berdasarkan Panduan Dietari Malaysia 2010, anda disarankan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula dan jika terpaksa gantikan pengambilan susu pekat manis dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.

demikianla..sedikit info yang saya bole kongsikan..bukan xbole minum..tapi berpada-pada yer..makan utk hidup yer bukan hidup utk mkn..;-)

No comments:

Post a Comment