Thursday, May 5, 2011

8 Cara Untuk Mengawal Berat Badan Anda...

Siapapun yang mempunyai masalah berat badan akan berkata untuk menghilangkan berat badan tidak semudah apa yang dilihat. Orang-orang yang ramping, atau telah kurus akan mengatakan itu hanya masalah motivasi diri dan malas! Apapun, segalanya bermula dari dalam diri anda. Disini kami kongsikan 8 tips untuk mengawal berat badan anda.

1. Minum Air Masak

Tubuh kita terdiri daripada 65-70% air. Maka air amat penting. Kadangkala kita terasa lapar tetapi sebenarnya bukan kerana kita lapar tetapi kekurangan air. Cuba apabila anda lapar, minum segelas atau dua gelas air dan lihat kesannya adakah anda betul-betul lapar atau badan anda kekurangan air.

2. Kunyah Makanan Anda

Mengunyah makanan kita dengan lambat dan perlahan mempunyai beberapa keuntungan yang kita tidak sedar. Ini memberi kita keupayaan untuk berehat, dan menikmati makanan kami. Slow mengunyah adalah langkah pertama, dan sangat penting dalam suatu sistem yang kompleks pencernaan. Selain itu, jika kita makan perlahan-lahan, kita mungkin merasa penuh sebelum menyelesaikan semua makan, dan boleh meninggalkan sisanya untuk makan seterusnya.

3. Latihan harian

Amalkan latihan atau excercise setiap hari selama 30 minit. Sekadar berjalan pantas sudah memadai. Amalkan ini selama 30 hari dan anda akan nikmati perubahan dalam hidup anda. Saya telah mencubanya dan saya dapat rasakannya.

4. Beritahu orang lain niat anda

Tulis di blog, bercerita di forum, dan beritahu orang lain membuat anda tetap bertanggung jawab untuk membantu. Beritahu orang lain rencana anda, itu akan membantu anda mendapatkan motivasi untuk pergi dengan itu!

5. Membuat jadual makanan

Merancang hari anda sehingga anda makan di sekitar waktu yang sama setiap hari. Penjadualan ini akan membantu pencernaan.

6. Jangan terlalu banyak makan

Ketahui batas anda dan berhenti makan ketika anda penuh. Saya sering menjadi mangsa ingin menyelesaikan makan sehingga tiada sisa. Hal ini telah menyebabkan saya sakit perut. Lain kali, sukat pemakanan anda agar tidak merugikan diri sendiri!

7. Pilih snack anda dengan bijaksana

Seperti biasa, pilih makanan yang kurang kalori dan tidak berlemak. Ini telah banyak kali ditekankan dalam pemakanan harian kita namun ramai yang sering mengabaikannya.

8. Lifestyle.

Ingat, ini bukan tentang diet khusus, atau program latihan khusus. Rahsia sesungguhnya adalah dalam mengubah kesihatan anda menjadi gaya hidup, dan tumpukan pada gaya hidup sihat dengan setiap pilihan yang anda buat.

Monday, April 25, 2011

Puan Puziah..dulu dan sekarang..penangan Litchin..i follow!!!


salam...pada 10 april 2010 besday anak2 tapi harini majlis bertandang anak sedara ke keratong, jadi majlis besday anak2 sambut kat umah pengantin..ok..sebelumnya dah buat majlis maulud kat umah hari sabtu 9 hb..pergi pakai baju warna purple..esoknya mula ronda2 ke sliming centre di ampang point nak daftar nak buat slimming sebab tengok gambar2 majlis kahwen tu rasa tak sanggup tengok dah rupa nenek2 orang..lagipun sepanjang majl;is tu dah tak boleh berdiri lama, kaki sakit dan tumit rasa berdenyut2.Dengan berat 83kg timbang umah..buat sekali treatmen kat busybody habis rm450 trial set turun 200g, esoknya pergi pulak kat estetika buat trial set juga dia bagi rm180 jer turun 50g jer..pergi london weight kat lot 10 ..ha yang ini dia bagi free..langsung tak turun...tiba2 seminggu lepas tu pada 16 april dapat panggilan dari saya punya supplier produk sample beserta labtest dah siap dan dia boleh bagi saya try dan produk ini dah di cuba kepada penduduk di jepun dan taiwan dan kesannya amat menakjubkan...hak pengedaran ekslusif akan diberikan kepada saya jika saya berpuas hati dengan formula dan kesannya..

pada 23 mei saya pun mencuba set pertama...malamnya saya tak boleh tidur,,,sangka saya saya terlalu banyak berfikir hingga kepagi saya tak boleh tidur..tekak jadi kering dan payau.saya jadi hilang selera makan...saya hanya boleh makan roti , buah dan sayur serta sup dan senggang...nasi memang langsung tak boleh makan...air saya minum sehingga 5 liter..biasanya pagi saya mulakan seawal jam 7 pagi saya dah ambik enzim selepas buang air besar..dan saya dah memulakan operasi meminum air sebanyak2 yang mungkin, roti fiber biasanya sekeping sahaja@2 keping lepas tu selang seli dengan buah2 , kencing sekerap2 yang mungkin..saya dsuka kencing kerana setiap kali kencing berat akan turun 10-20g jadi saya akan kerap kencing ..penurunan pada buang air kecil lebih cepat dari air besar. tengahari saya ambik beehoon sup, beehoon tomyam atau laksa..petang biasanya saya tidak biarkan perut kosong..saya makan jagung rebus..kacang rebus atau salad @ kacang kat pizzahut..cuma thousand ireland saya urangkan...makan malam selalunya saya ambi8k ikan singgang dengan sayur terung atau bendir tanpa nasi...se3belum dinner saya ambik dulu enzim jam 6 satu sachet dan dinner jam 6.30.mlm hanya makan buah saja..saya tidak makan nasi ,lemak, minyak ,manis selama 3 bulan kerana dan saya kekalkan kalori saya sebanyak 800 gram selama 3 bulan..sekarang saya dah makan normal sekitar 1200 kalori setiap hari.cukup untuk tubuh dan boleh mentainkan berat tubuh..sekarang saya masih nak turunkan sekitar 5kg lagi wp ramai yang kata dah tak perlu kerna bahagian atas saya besar wp saiz bra dari saiz 39/D sekarang 34C..satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri sendiri..dalam usia 40 tahun saya tak sangka ada produk syarikat saya mampu membuatkan saya betul2 dapat membantu orang lain turut merasai betapa indahnya menjadi sihat kurus dan langsing

Saturday, April 16, 2011

Si manis Teh Tarik 3 Layer - Petikan dr Majalah iSIHAT

Sekarang ni..minuman ni yang paling glamour..betul x?mane2 saja org cr..dulu ana kt umahpun slalu buat ni..bukan segelas..sejug..sedap tu..lain dr yg lain..terutama klu minum time ari panas2..
tapi tahukah anda???
Bayangkan secara kasar, segelas teh tarik 3 layer memerlukan sekitar 3 sudu makan susu pekat manis. Jumlah tersebut mewakili 15g gula, 2.4g protein dan 2.4g lemak atau terdiri daripada 91 kcal tenaga.
Dengan jumlah tenaga sebanyak itu, anda perlu sama ada menari selama 32 minit atau berenang (29 minit) atau berkebun dgn tekun 38 minit. Bagaimana pula kalau anda minum teh tarik 3 layer ini 3 kali sehari selama setahun. Berapa banyak jumlah tenaga yang dikumpulkan?jawapannya ialah 99,645 kcal atau berat badan anda bole bertambah sebanyak 12.94kg (bergantung pada amaun susu yang digunakan).
Itu baru susu pekat manis. Bagaimana pula dgn 3 sudu gula Melaka yang turut dicampurkan? Berdasarkan fakta, satu sudu makan gula Melaka menyumbang 64 kcal tenaga yang terdiri daripada 15g gula dan 0.1g lemak.
Utkmenghasilkan segelas teh tarik 3 layer yang pekat dan menarik, 2 teh uncang digunakan. Ini menyumbang kepada kandungan kafein yang tinggi. Terlalu banyak kafein diambil (sekitar 250mg) boleh menyebabkan intoksokasi kafein di mana sesorg itu akan mengalami resah, risau, insomnia, diuresis dan masalah usus.
Dan jika pengambilan melebihi satu gram sehari, gangguan ritma jantung, kekusutan fikiran, kejang otot dan panik juga boleh berlaku. Lebihan gula dalam badan bole menyebabkan beberapa komplikasi kronik terhadap kesihatan seperti melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria, merosakkan buah pinggang, mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan, menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, kanser dubur dan kanser kolon.
Tidak cukup dengan itu, gula berlebihan juga berbahaya kerana boleh menyumbang kepada risiko mendapat kanser pundi hempedu, paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat, melemahkan penglihatan dan banyak lagi.
Oleh itu, jgn biarkan gula 'bermaharajalela' dalam tubuh anda. Berdasarkan Panduan Dietari Malaysia 2010, anda disarankan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula dan jika terpaksa gantikan pengambilan susu pekat manis dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.

demikianla..sedikit info yang saya bole kongsikan..bukan xbole minum..tapi berpada-pada yer..makan utk hidup yer bukan hidup utk mkn..;-)

Tahukah anda???



Sape x kenal dgn cendol?

Cuaca yang panas terik pasti menjadikan tekak anda terasa kering. Tatkala itu, pasti terbayang minuman sejuk seperti cendol yang enak dgn rasa lemak manis utk menyegarkan tekak yang kehausan..sedapkan minum cendol..perghh!!!
tapi tahukah anda, semangguk cendol mengandungi hampir 600 kalori dan anda perlu melakukan tekan tubi selama 3 jam utk membakarnya semula. Oleh itu anda tentukan sama ada mahu kekal ramping atau 'menelan' minuman tinggi kalori tersebut..;-)


Thursday, April 14, 2011

Fungsi air dalam penurunan berat badan

menjaga tubuh dalam keadaan terhidrasi. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan volume cairan dalam tubuh anda bole menyebabkan peningkatan pemecahan lemak. Hal ini dapat dicapai dengan minum cukup air sepanjang hari, sehingga anda tidak pernah mendekati keadaan dehidrasi. Pada saat anda merasa dahaga, anda sebenarnya sudah 1% dehidrasi.

  • Lebih banyak protein yang kita ambil, lebih banyak air yang kita perlukan. Penggunaan protien oleh sel badan akan meninggalkan sisa yang dipanggil urea.
  • Lemak yang tidak dibakar sepenuhnya ini adalah Ketone. Semakin banyak air diminum, lebih banyak air kencing yang dihasilkan, lebih banyak ketone yang akan keluar dari badan melalui air kencing. Maka, lebih banyak lemak yang akan anda hilang.
  • Fiber juga diperlukan untuk penurunan berat. Fiber meresap toksik dan sisa kumuhan daripada badan.
  • Usus tidak akan berfungsi dengan normal tanpa air dan apabila fiber di ambil, makan lebih banyak air yang diperlukan.
  • Air diperlukan 2 kali ganda lebih banyak di dalam perut dan usus daripada seluruh saluran darah.
  • Mengalkalikan badan dengan air, limau dan sayuran segar akan membantu pemecahan lemak di seluruh tubuh.