Monday, April 25, 2011

Puan Puziah..dulu dan sekarang..penangan Litchin..i follow!!!


salam...pada 10 april 2010 besday anak2 tapi harini majlis bertandang anak sedara ke keratong, jadi majlis besday anak2 sambut kat umah pengantin..ok..sebelumnya dah buat majlis maulud kat umah hari sabtu 9 hb..pergi pakai baju warna purple..esoknya mula ronda2 ke sliming centre di ampang point nak daftar nak buat slimming sebab tengok gambar2 majlis kahwen tu rasa tak sanggup tengok dah rupa nenek2 orang..lagipun sepanjang majl;is tu dah tak boleh berdiri lama, kaki sakit dan tumit rasa berdenyut2.Dengan berat 83kg timbang umah..buat sekali treatmen kat busybody habis rm450 trial set turun 200g, esoknya pergi pulak kat estetika buat trial set juga dia bagi rm180 jer turun 50g jer..pergi london weight kat lot 10 ..ha yang ini dia bagi free..langsung tak turun...tiba2 seminggu lepas tu pada 16 april dapat panggilan dari saya punya supplier produk sample beserta labtest dah siap dan dia boleh bagi saya try dan produk ini dah di cuba kepada penduduk di jepun dan taiwan dan kesannya amat menakjubkan...hak pengedaran ekslusif akan diberikan kepada saya jika saya berpuas hati dengan formula dan kesannya..

pada 23 mei saya pun mencuba set pertama...malamnya saya tak boleh tidur,,,sangka saya saya terlalu banyak berfikir hingga kepagi saya tak boleh tidur..tekak jadi kering dan payau.saya jadi hilang selera makan...saya hanya boleh makan roti , buah dan sayur serta sup dan senggang...nasi memang langsung tak boleh makan...air saya minum sehingga 5 liter..biasanya pagi saya mulakan seawal jam 7 pagi saya dah ambik enzim selepas buang air besar..dan saya dah memulakan operasi meminum air sebanyak2 yang mungkin, roti fiber biasanya sekeping sahaja@2 keping lepas tu selang seli dengan buah2 , kencing sekerap2 yang mungkin..saya dsuka kencing kerana setiap kali kencing berat akan turun 10-20g jadi saya akan kerap kencing ..penurunan pada buang air kecil lebih cepat dari air besar. tengahari saya ambik beehoon sup, beehoon tomyam atau laksa..petang biasanya saya tidak biarkan perut kosong..saya makan jagung rebus..kacang rebus atau salad @ kacang kat pizzahut..cuma thousand ireland saya urangkan...makan malam selalunya saya ambi8k ikan singgang dengan sayur terung atau bendir tanpa nasi...se3belum dinner saya ambik dulu enzim jam 6 satu sachet dan dinner jam 6.30.mlm hanya makan buah saja..saya tidak makan nasi ,lemak, minyak ,manis selama 3 bulan kerana dan saya kekalkan kalori saya sebanyak 800 gram selama 3 bulan..sekarang saya dah makan normal sekitar 1200 kalori setiap hari.cukup untuk tubuh dan boleh mentainkan berat tubuh..sekarang saya masih nak turunkan sekitar 5kg lagi wp ramai yang kata dah tak perlu kerna bahagian atas saya besar wp saiz bra dari saiz 39/D sekarang 34C..satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri sendiri..dalam usia 40 tahun saya tak sangka ada produk syarikat saya mampu membuatkan saya betul2 dapat membantu orang lain turut merasai betapa indahnya menjadi sihat kurus dan langsing

Saturday, April 16, 2011

Si manis Teh Tarik 3 Layer - Petikan dr Majalah iSIHAT

Sekarang ni..minuman ni yang paling glamour..betul x?mane2 saja org cr..dulu ana kt umahpun slalu buat ni..bukan segelas..sejug..sedap tu..lain dr yg lain..terutama klu minum time ari panas2..
tapi tahukah anda???
Bayangkan secara kasar, segelas teh tarik 3 layer memerlukan sekitar 3 sudu makan susu pekat manis. Jumlah tersebut mewakili 15g gula, 2.4g protein dan 2.4g lemak atau terdiri daripada 91 kcal tenaga.
Dengan jumlah tenaga sebanyak itu, anda perlu sama ada menari selama 32 minit atau berenang (29 minit) atau berkebun dgn tekun 38 minit. Bagaimana pula kalau anda minum teh tarik 3 layer ini 3 kali sehari selama setahun. Berapa banyak jumlah tenaga yang dikumpulkan?jawapannya ialah 99,645 kcal atau berat badan anda bole bertambah sebanyak 12.94kg (bergantung pada amaun susu yang digunakan).
Itu baru susu pekat manis. Bagaimana pula dgn 3 sudu gula Melaka yang turut dicampurkan? Berdasarkan fakta, satu sudu makan gula Melaka menyumbang 64 kcal tenaga yang terdiri daripada 15g gula dan 0.1g lemak.
Utkmenghasilkan segelas teh tarik 3 layer yang pekat dan menarik, 2 teh uncang digunakan. Ini menyumbang kepada kandungan kafein yang tinggi. Terlalu banyak kafein diambil (sekitar 250mg) boleh menyebabkan intoksokasi kafein di mana sesorg itu akan mengalami resah, risau, insomnia, diuresis dan masalah usus.
Dan jika pengambilan melebihi satu gram sehari, gangguan ritma jantung, kekusutan fikiran, kejang otot dan panik juga boleh berlaku. Lebihan gula dalam badan bole menyebabkan beberapa komplikasi kronik terhadap kesihatan seperti melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria, merosakkan buah pinggang, mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan, menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, kanser dubur dan kanser kolon.
Tidak cukup dengan itu, gula berlebihan juga berbahaya kerana boleh menyumbang kepada risiko mendapat kanser pundi hempedu, paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat, melemahkan penglihatan dan banyak lagi.
Oleh itu, jgn biarkan gula 'bermaharajalela' dalam tubuh anda. Berdasarkan Panduan Dietari Malaysia 2010, anda disarankan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula dan jika terpaksa gantikan pengambilan susu pekat manis dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.

demikianla..sedikit info yang saya bole kongsikan..bukan xbole minum..tapi berpada-pada yer..makan utk hidup yer bukan hidup utk mkn..;-)

Tahukah anda???



Sape x kenal dgn cendol?

Cuaca yang panas terik pasti menjadikan tekak anda terasa kering. Tatkala itu, pasti terbayang minuman sejuk seperti cendol yang enak dgn rasa lemak manis utk menyegarkan tekak yang kehausan..sedapkan minum cendol..perghh!!!
tapi tahukah anda, semangguk cendol mengandungi hampir 600 kalori dan anda perlu melakukan tekan tubi selama 3 jam utk membakarnya semula. Oleh itu anda tentukan sama ada mahu kekal ramping atau 'menelan' minuman tinggi kalori tersebut..;-)


Thursday, April 14, 2011

Fungsi air dalam penurunan berat badan

menjaga tubuh dalam keadaan terhidrasi. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan volume cairan dalam tubuh anda bole menyebabkan peningkatan pemecahan lemak. Hal ini dapat dicapai dengan minum cukup air sepanjang hari, sehingga anda tidak pernah mendekati keadaan dehidrasi. Pada saat anda merasa dahaga, anda sebenarnya sudah 1% dehidrasi.

  • Lebih banyak protein yang kita ambil, lebih banyak air yang kita perlukan. Penggunaan protien oleh sel badan akan meninggalkan sisa yang dipanggil urea.
  • Lemak yang tidak dibakar sepenuhnya ini adalah Ketone. Semakin banyak air diminum, lebih banyak air kencing yang dihasilkan, lebih banyak ketone yang akan keluar dari badan melalui air kencing. Maka, lebih banyak lemak yang akan anda hilang.
  • Fiber juga diperlukan untuk penurunan berat. Fiber meresap toksik dan sisa kumuhan daripada badan.
  • Usus tidak akan berfungsi dengan normal tanpa air dan apabila fiber di ambil, makan lebih banyak air yang diperlukan.
  • Air diperlukan 2 kali ganda lebih banyak di dalam perut dan usus daripada seluruh saluran darah.
  • Mengalkalikan badan dengan air, limau dan sayuran segar akan membantu pemecahan lemak di seluruh tubuh.

Kepentingan Air

  • Air sangat penting utk pusingan yang tepat nutrisi ke organ dan sel-sel di seluruh tubuh
  • Air sangat penting utk menghilangkan semua sisa toksik dari kerosakan metabolisme dan produk dari bahan berbahaya yang masuk ke tubuh kita satu atau lain cara.
  • Air membantu menjaga dan mengawal suhu badan.
  • Air penting utk menampung penghidratan selama latihan dan prestasi olahraga
  • Air menpunyai bantal pelindung di sekitar organ tubuh seperti otak dan sumsum tulang belakang.
  • Lipase, amilase dan protease yang hidrolitikenzim. Maksudnya air mengaktifkan enzim. Tanpa air yang cukup, enzim tidak akan berfungsi.
  • Kita kehilangan air melalui keringat dan eliminasi (dalam urin dan kotoran) dan beberapa kali menguap..setiap kali itula air akan keluar dr paru-paru.
  • Air berfungsi sebagai pelincir untuk bahagian yang bergerak seperti sendi.
  • Air sangat penting untuk gerak peristaltik dari usus. Kurangnya air bole menyebabkan sembelit.
  • Air memainkan bahagian penting dalam fungsi deria organ kita. Rasa dan bau hasil dari stimulasi sebatian kimia dalam suatu larutan.
  • Air penting utk membasahi permukaan paru-paru utk difusingas.
  • Ginjal dan hati adalah penapis master baik utk tubuh dan terutama rentan terhadap jangkitan berbahaya jika terlalu sedikit air diambil ke dalam tubuh.

Wednesday, April 13, 2011

15 makanan penyebab gemuk

1. Kentang Asli - Apalagi jika proses pengolahannya menggunakan krim dan mentega. Bayangkan, 1/2 mangkuk saji saja sudah mengandungi 200 kalori!

2. Permen - Selain mengandungu jenis lemak jahat, kadar gulanya juga sangat tinggi. Begitu pula panganan sejenis seperti donat, cake dan bahulu gulung.

3. Ais Krim - Mengandungi kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Jadi, pertimbangkan kembali utk menikmatinya jika Anda sedang berdiet.

4. Kerepek Kentang - Di samping itu, kerepek kentang banyak mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang jelas-jelas dapat merugikan kesihatan.

5. Daging Olahan - Seperti hot dog, sosej dan daging olahan sejenisnya mengandungi lemak tak baik. Kadarnya yang begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang dikandungnya.

6. Jajanan Gorengan - Makanan jenis ini kurang baik bagi kesihatan kerana umumnya digoreng dgn minyak yang tidak digantikan setiapkali menggoreng. Kandungan lemaknya juga sangat tinggi dan kurang terjamin kebersihannya.

7. Makanan Cepat Saji - Antaranya hamburger,nachos dan kentang goreng. Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu pula kandungan kalorinya.

8. Minuman Bersoda - meski mendatangkan kesegaran sesaat, minuman ini sama sekali tidak memiliki nilai-nilai nutrisi. Kecuali, kaya akan kandungan gula, sodium dan kalori.

9. Sereal manis - Sereal dengan kandungan karbohidrat yang tinggi, semakin menjadi ancaman bila bertemu dengan rasa manis dari gula. Makanan jenis ini akan meningkatkan gula darah dan menyebabkan tubuh menimbun lemak.

10. Susu Whole Milk - meskipun kandungan kalsiumnya baik bagi tubuh, susu jenis ini memiliki kandungan lemak yang sangat tinggi yang akan menambah timbunan lemak tubuh. Jadi, kalau ingin mengambil manfaat kalsiumnya, ganti saja dengan mengkonsumi susu yang bebas lemak atau minuman yang sudah dikurangi kandungan lemaknya.

11. Kuah Daging - kandungan lemak dan karbohidrat mahupun kalorinya sama-sama tinggi

12. Roti - Terutama yang terbuat dari tepung yang sudah mengalami proses penghalusan, sehingga tinggi kandungan lemak dan karbohidratnya.

13. Aneka Krim - Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberry dan dreassing salad, semuanya mengandungi lemak tinggi dan akan menjadi kalori tinggi jika tercampur dengan makanan sihat.

14. Mayonis - Memiliki sekian banyak ikatan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya guna sedikit sahaja.

15. Kopi Instan - Tahukan anda bahawa secangkir kopi instan mengandungi lebih dari 39 lemak?Nah,klu tidak mahu tubuh anda jadi timbunan lemak, hitung..

Setujukah anda????

Seringkali mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura-pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Tidak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran :
  • Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun
  • Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan
  • Tiada masa untuk bersenam
  • Suami tidak kisah gemuk
Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah-olah menuntut kembali kesedapan yang biasa untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah utk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar utk dikalahkan. berperang dengan nafsu makan bole menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan utk makan berteruskan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya utk keluar daripada belenggu obesiti.

Senaman Pagi Atau Petang????

Dari segi pergerakan, kita akan dapati tubuh lebih mudah bergerak di waktu petang berbanding pagi kerana tubuh masih 'stiff' dan memerlukan aktiviti pemanasan yang lebih. ini kerana tubuh kita lebih bersedia di waktu petang akibat aktiviti yang telah dilakukan sepanjang hari.

Tetapi, bersenam lewat petang sebelum tidur pun tidak berapa digalakkan kerana rutin tidur malam akan terganggu akibat aktiviti senaman tadi. Ini kerana aktiviti hormon yang meningkat ketika bersenam tadi akan menjadikan tubuh badan resah, panas dan terlebih segar.

Ada juga pendapat mengatakan, jika ingin cepat kurus dan membakr lemak lebih, bersenamlah di pagi hari. Ini kerana apabila kita bangun dari tidur pagi,badan tidak mempunyai 'ready supply of carbohydrates' utk tenaga ketika bersenam.

Pada waktu pagi juga, paras insulin masih rendah. Situasi ini dapat membakar lemak dan kalori dengan lebih efektif. Metabolisme juga meningkat dan tubuh akan segar dan daya fokus lebih tajam sepanjang hari. Pakar kecergasan Bill Philips percaya, tubuh kita akan membakar kalori 300% lebih jika bersenam di waktu pagi berbanding petang.


Tuesday, April 12, 2011

Kuaci kurangkan kolesterol

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol lemak jahat sekaligus menghadkan kolesterol lemak baik. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

Epal cegah lemak dalam badan

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya,sebenarnya menyimpangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Monday, April 11, 2011

Enzim

Apakah itu enzim?

Enzim adalah molekul protien khusus memudahkan sebahagian besar proses metabolisme tubuh seperti memberikan tenaga, mencerna makanan, membersihkan darah anda, membersihkan tubuh dari produk sisa dll.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan utama - enzim metabolism dan enzim pencernaan

Kepentingan enzim

Tanpa enzim dalam tubuh anda, anda masih bole mengikut pelan nutrisi anda dan mengambil pelbagai suplemen diet dan suplemen vitamin, namun tanpa enzim, vitamin tidak akan diserap ke dalam sistem anda dan hanya melambatkan proses metabolisma dlm badan.

Dalam sistem percernaan dan metabolisma badan, enzim membantu dalam memerangi penuaan, penurunan berat badan, menurunkan kolestrol, membersihkan usu besar, menghancurkan lemak, menguatkan sistem imuniti tubuh, meningkatkan kekuatan mental, detoksifikasi tubuh, membina otot dari protein, menghilangkan karbon dioksida dari paru2 dll.

Enzim makanan dibahagikan kepada tujuh kategori, antaranya: lipase (memecahkan lemak), protease (menghancurkan protein), selulase (menghancurkan serat), amilase (menghancurkan karbohidrat), laktase (menghancurkan susu), sucrase (menghancurkan gula) dan maltase (memecahkan zat bijirin)

Ketika kita memasak makanan pada suhu yang tinggi, kita telah menghilangkan enzim yang terkandung dalam makanan, dan ini akan menyebabkan makanan tidak dicerna atau dicerna dengan tidak sempurna dlm sistem pencernaan. Hal ini pada gilirannya akan menyebabkan makanan akan menjadi sumber pembiakan bakteria di dalam sistem anda, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Ketika kita mengambil simber enzim yang terdapat dalam makanan dari luar badan, enzim-enzim ini akan mula mencerna makanan tanpa bergantung pada sumber enzim yang sedikit yang dibekalkan tubuh, bagi mencerna makanan dengan sempurna.

Bagaimana cara utk memilih makanan bagi mengurangkan berat badan

Makanan menghasilkan tenaga, tetapi jumlah tenaga yang dikeluarkan bagi satu jenis makanan adalah berbeza antara 1 sama lain. satu unit tenaga bersamaan dgn 1 unit kalori (kcal)

keperluan tenaga harian anda*
= Berat anda sekarang (kg) x 30 kalori
= ............kg x 30 kalori
= ............kalori

1 mangkuk nasi mempunyai 207 kalori
keperluan tenaga harian anda adalah bersamaan
kepada .............. kalori /207 = .................mangkuk nasi

*Pengiraan adalah bergantung pada berat normal manusia biasa dengan xtvt yang sedikit

Jika anda ingin mengurangkan berat sebanyak 1/2kg dlm 1 minggu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 550 kalori dalam satu hari. Ini boleh dicapai dengan engurangkan sebahagian pengambilan makanan atau memilih makanan yang mempunyai kalori yang rendah.

Tips pemakanan sihat
- Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kadar lemaknya spt ayam goreng,lemak tepu yang tinggi spt susu sejat,santan
- Mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi (seperti gula-gula, kek, pencuci mulut dan minuman manis)
- Makan makanan yang tinggi kadar fiber (produk wholegrain, buah, sayur)
-ambil makanan pada kadar yang tetap dan elakkan makan snek semasa pengambilan makanan.

Wednesday, April 6, 2011

Cara mengira kalori yg diperlukan

What Are Calories?

Calories are the unit measurement of energy for food (1 calorie = 4 joules). The main sources in food are carbohydrates, protein and fat.

We eat so that we get nutrition and, more importantly, energy to sustain our activities, bodily functions and life itself. Every breath you take, every movement requires a certain amount of energy.

How Calories Influence Weight Gain And Weight Loss

Losing or gaining weight is all about energy, and all about CALORIES.

Wanna lose 1 pound of fat? Well than you gotta somehow burn 3500 calories.

If you supply your body with more energy (food) than it needs, the surplus can’t just disappear. It will be stored (you could call it potential energy) as fat. So what is the impact in terms of weight gain or loss?

  • Energy and weight gain: People who gain weight are supplying too much energy into their system. In other words, based on their natural metabolic rate and daily activities, they are eating more than they should. Hence the excess is stored as fat.
  • Energy and weight loss: When people don’t eat enough food to create energy to support their daily activities, their body will tap into reserves (fat) to balance the equation.

How Many Calories Do You Need Per Day?

Everyone should generally know how many calorie they need per day and the factors that influence it. There are different formulas to calculate this but let’s keep it practical.

One’s daily calorie requirement depends on various factors:

  • Gender: Males generally require more energy compared to women, having been intended by Nature to do the heavier work
  • Age: The older you become, the fewer calories you need because the natural metabolic rate slows down
  • Weight: The more you weigh, the more calories your body needs to keep alive (just as a heavier car consumes more fuel); this is also why people find it harder to lose weight after dropping a few pounds
  • Level of Activity: Keeping fit ensures that you have more calories (energy) going out; being active also plays a big role in lifting your overall metabolic rate

BASAL METABOLIC RATE (BMR)

The BMR is the amount of energy you need to sustain your life. This includes your breathing, organs and everything else you need to keep alive:

Men: BMR = 66 + (13.7 x wt in kg) + (5 x ht in cm) - (6.8 x age in years)

Women: BMR = 655 + (9.6 x wt in kg) + (1.8 x ht in cm) - (4.7 x age in years)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

Next, we factor in how active the person is, by using the Activity Multiplier:

  • Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)
  • Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)
  • Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)
  • Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)
  • Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

You are a 30 year old female, 30 years old, 5' 6 " tall (167.6cm) and weigh 120 lbs (54.5 kg).

  • Your BMR = 655 + 523 + 302 - 141 = 1,339 calories/day

Your DCR = 1.55 x 1339 = 2,075 calories/day

25 tips kuruskan badan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. 1.

    Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

  2. 2.

    Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

  3. 3.

    Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

  4. 4.

    Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

  5. 5.

    Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.

  6. 6.

    Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

  7. 7.

    Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

  8. 8.

    Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

  9. 9.

    Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

  10. 10.

    Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. 11.

    Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

  2. 12.

    Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

  3. 13.

    Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

  4. 14.

    Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

  5. 15.

    Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

  6. 16.

    Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

  7. 17.

    Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).

  8. 18.

    Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

  9. 19.

    Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

  10. 20.

    Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambarsebelum dan selepas.

  1. 21.

    Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

  2. 22.

    Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

  3. 23.

    Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

  4. 24.

    Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

  5. 25.

    Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

  6. 26.

    Debella Litchin adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.